Kunjungan Hormat Ke Pejabat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), JPA

PUTRAJAYA – RABU, 15 Mei 2019 – Delegasi kepimpinan Alumni Graduan Institusi Korea (AGIKO) yang diketuai oleh presidennya Encik Zamri bin Abbas telah mengadakan sesi Kunjungan Hormat kepada YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertempat di Bilik Mesyuarat KPPA, JPA, Putrajaya.

Antara objektif utama sesi ini adalah seperti berikut:

  • memperkenalkan barisan Exco AGIKO yang baru dilantik;
  • sebagai tanda penghargaan dan terima kasih pihak AGIKO kepada pihak JPA yang telah menaja pelajar ke Korea;
  • memaklumkan hasrat AGIKO untuk menjadi sumber rujukan utama untuk segala polisi berkaitan dengan Korea Selatan seperti pengiktirafan universiti / kolej dan jurusan pengajian, semakan program dan juga sebagai ahli panel pemilihan pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke Korea Selatan;
  • menerangkan perangan AGIKO berhubung penubuhan Malaysia Korea Technical Institute (MKTI) dengan perancangan program 2 tahun dijalankan di MKTI dan 3 tahun dijalankan di Korea Selatan;
  • memaklumkan status terkini pelajar-pelajar tajaan JPA serta dari sumber biasiswa atau pinjaman agensi lain yang telah menyumbang dan mencurahkan bakti kepada negara;
  • memaklumkan berkenaan bekas-bekas pelajar yang telah berjaya dalam bidang keusahawanan di samping dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat malaysia; dan
  • memaklumkan kejayaan bekas-bekas pelajar yang telah berjaya membawa pulang teknologi dengan usahasama dengan syarikat-syarikat gergasi dari Korea Selatan.

Diharapkan kerjasama dan hubungan baik ini dapat diteruskan demi memastikan Dasar Pandang Ke Timur terus kekal dan dapat memberi manfaat yang besar kepada seluruh warga Malaysia.

Wakil AGIKO:

  1. Encik Zamri bin Abbas, Presiden
  2. Encik Zulkhibri bin Mohamed, Naib Presiden merangkap Exco Keusahawanan & Kerjaya
  3. Encik Hafizul bin Ismail, Exco Pendidikan
  4. Encik Mohd Firdaus bin Shahri, Exco Hubungan Kerajaan

Wakil JPA:

  1. YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  2. Encik Zaflin bin Pakwanteh, Pegawai Khas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA)
Copyright 2019 © All rights Reserved. Design by Rekasawang