Kunjungan Hormat Kepada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

PUTRAJAYA – ISNIN, 15 April 2019 – Delegasi kepimpinan Alumni Graduan Institusi Korea (AGIKO) yang diketuai oleh presidennya Encik Zamri bin Abbas telah mengadakan sesi Kunjungan Hormat kepada YBhg. Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Ketua Pengarah, Jabatan Tenaga Manusia (JTM) bertempat di Bilik Mesyuarat Ketua Pengarah, JTM, Putrajaya. Antara intipati sesi ini adalah memperkenalkan barisan Exco AGIKO yang baru dilantik  serta mengaktifkan semula cadangan AGIKO untuk menubuhkan Malaysia Korea Technical Institute (MKTI) dengan kerjasama pihak JTM. Sesi Kunjungan Hormat ini juga turut disertai YBhg. Prof. Dato’ Dr. Rosli bin Abu Bakar dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang turut serta dalam usaha penubuhan KMTI tersebut. Diharapkan usahasama dan kerjasama baik ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memastikan penubuhan KMTI dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Wakil AGIKO:

  1. Encik Zamri bin Abbas, Presiden
  2. Encik Zulkhibri bin Mohamed, Naib Presiden merangkap Exco Keusahawanan & Kerjaya
  3. Encik Hafizul bin Ismail, Exco Pendidikan
  4. Encik Mohd Firdaus bin Shahri, Exco Fungsi Khas
  5. Encik Muhd Muhaymin bin Othman, Juruaudit 1
  6. Encik Mohd Nazmi bin Borhan, Juruaudit 2

Turut hadir:

  1. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Rosli bin Abu Bakar, Universiti Malaysia Pahang

Wakil JTM:

  1. YBhg. Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Ketua Pengarah, Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
  2. Encik Mat Setia bin Mohd Raji, Pengarah Pembangunan Kemahiran, JTM
  3. Puan Junita binti Mohamed Ali, Pengarah Penyelidikan dan Perancangan, JTM
  4. Puan Suzana binti Mohammed Zohdi, Pengarah Pengurusan Latihan, JTM
  5. YBrs. Dr. Azmir bin Mohd Yunus, Pengarah Kawalan Teknikal, JTM
  6. Puan Wan Rafidah binti Awg Isa, Pengarah Khidmat Pengurusan, JTM
Copyright 2019 © All rights Reserved. Design by Rekasawang